Tuesday, March 6, 2012

Oceantronic (Patented)

Inilah dia sistem penternakan ikan air laut didarat yang menggunakan sistem oceantronic yang dibina oleh kepakaran tempatan.

Wednesday, January 25, 2012

Algae Screen Filter (Penapis Bio)




Algae Screen Filter merupakan penapis bio yang digunakan untuk menapis kandungan kimia yang terdapat didalam sistem penternakan ikan didalam kolam.

Bagi mereka yang ada membiak ikan dalam kolam pasti pernah mendengar mengenaik 'Nitrogen Cycle' atau kitar nitrogen. Nitrogen adalah hasil dari najis ikan dan ini merupakan makanan bagi bakteria dan alga. Pembiakan bakteria dan alga yang tinggi didalam kolam boleh menjejaskan kesihatan ikan tersebut dan sekali gus mengotorkan air kolam.

Penapis air biasa selalunya berkesan untuk membuag kotoran pepejal sahaja selalunya bersaiz 1 micron - 10 micron. Sisa pepejal ini seperti najis ikan, makanan ikan yang tidak dimakan ikan, dedaun dan serangga dan lain-lain. Akan tetapi sekiranya najis ikan atau makanan ikan yang telah larut didalam air adalah amat sukar untuk ditapis menggunakan penapis biasa.

Oleh itu penapis alga digunakan untuk menyerap segala kandungan kimia (nitrogen, phosphate) yang terdapat didalam air. Alga juga dapat meningkatkan kadar kandungan oksigen terlarut dalam air. Alga juga sangat baik untuk sumber protein; alga yang berlebihan dari penapis ini boleh dikeringkan dan dijadikan makanan tambahan kepada ikan kolam.

-zubaidi othman.
010-4258561
ozubaidi@gmail.com

Pertanian Bersepadu - Integrated Farming System




Bio Solution Technology

Integrated Farming System for Natural Agriculture.


Contoh sistem yang telah diguna pakai diluar negara. Kini anda boleh lakukannya disekitar rumah anda.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Zubaidi (010-4258561) atau email ke ozubaidi@gmail.com


samseng fb

Samseng FaceBook